Kecewa.

Noriah Jahari, [May 30, 2022 at 12:28 PM]
https://edisisiasat.online/2022/05/30/mantan-pengarah-jsj-bukit-aman-kecewa-dengan-pakatan-harapan/

Home/EKSKLUSIF

*Mantan Pengarah JSJ Bukit Aman Kecewa Dengan Pakatan Harapan*

May 30, 2022

Mantan Pengarah JSJ Bukit Aman Kecewa Dengan Pakatan Harapan

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed dalam wawancara bersama wartawan Harian Metro meluahkan rasa dukacita nya…

“Antara yang membuatkan saya agak berduka ialah pembubaran Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc)”.

“Kita sudah melatih anggota dan pegawai untuk menganggotainya namun akhirnya Stafoc dibubarkan.”

“Selain itu, ada juga tindakan diambil mengikut kesalahan di bawah jenayah terancang dengan pendakwaan dijalankan mengikut SOSMA”.

“Namun, pertuduhan ditukar kepada pertuduhan lebih ringan iaitu mengikut Akta Pertubuhan 1966”.

“Ini termasuk penahanan lebih 400 individu yang dituduh di bawah Sosma namun pertuduhan ditukar kepada Akta Pertubuhan (1966)”.

“Antara kumpulan kongsi gelap pernah ditumpaskan Geng Japan di Johor, Geng 24 (Pulau Pinang) dan Geng Pak Su (Kedah)”.

“Timbul juga rasa sedih kerana tindakan sudah diambil namun jadi begitu (pertuduhan lebih ringan)”.

PH Dan PN Sanggup Merisikokan Nyawa Rakyat Malaysia Demi Kuasa
Edisi Siasat tidak menuduh Pakatan Harapan sebagai parti pendokong pengganas.

Tetapi apa yang telah dilakukan oleh Pakatan Harapan ketika berkuasa telah menjadi pemangkin kepada kemasukan ideologi pengganas.

Tentu kita masih ingat bagaimana ahli politik DAP yang mendokong kumpulan pengganas LTTE terlepas begitu sahaja.

Jangan kita lupa rampasan dadah terbesar Malaysia di Pulau Pinang yang sehingga kini masih belum dapat ditangkap pemilik sebenar.

Atas nama kebebasan dan hak asasi manusia, Pakatan Harapan bukan sahaja telah menyukarkan tugas PDRM.

Malah telah meletakkan nyawa dan keselamatan rakyat Malaysia dalam bahaya.

Tidak hairanlah kerana terlalu ghairah bermain politik, Pakatan Harapan sanggup menolak usul pelanjutan SOSMA.

Apakah pernah mereka fikirkan risiko keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia ketika membubarkan Stafoc dan menolak SOSMA?

Tindakan Pakatan Harapan tidak pernah selari dengan apa yang mereka ucapkan ketika berkempen.

Dalam berkempen, mereka sering laungkan nyawa dan keselamatan rakyat menjadi keutamaan mereka.

Namun apabila berkuasa, nyawa dan keselamatan rakyat diketepikan begitu sahaja.

Jangan kita lupa, Perikatan Nasional adalah serpihan dari Pakatan Harapan.

Mahiaddin, Azmin, Hamzah dan ramai lagi adalah anggota kabinet di era Pakatan Harapan.

Siapakah yang membubarkan Stafoc kalau bukan Mahiaddin yang ketika itu menjadi Menteri Keselamatan Dalam Negeri.

Tiada bezanya Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan!!!

*#Sifat² iblis kerajaan PH & PN… Penjenayah dibela dipelihara…*
*Pembela difitnah dianiaya dizalimi… Fikir²kn…*